Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Salam Ramadhan diucapkan kepada sahabat-sahabat semua. Moga puasa kali ini memberi seribu manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Bagi menyambut raya yang akan menjelang tiba, lajnah ekonomi MARSIS kini menawarkan kuih yang beraneka macam perisa yang dapat kita jadikan koleksi raya kali ini.
Bagi mereka yang akan pulang ke kampung di Sabah nanti, boleh la beli kuih ini sebagai penambah koleksi dan buah tangan kepada keluarga di rumah khususnya ibu. Harga yang kami tawarkan RM20 bagi semua jenis kuih yang berperisa coklat dan RM18 bagi yang berperisa selain daripada coklat.
Perkhidmatan ini kami sediakan di sekitar lembah Klang dan bagi sahabat-sahabat yang berada di kampus UKM dan UM khidmat penghantaran adalah percuma kerana ada wakil kami iaitu Awang(UM) dan Fatma(UKM). InsyaAllah tempahan akan siap dalam 1 minggu. Satu balang minimum 50biji. Bagi yang berada di kampus yang tidak mempunyai wakil kami bayaran akan ditambah untuk khidmat penghantaran..

Untuk tempahan hubungi:
AWANG (UM) : 013-5406131 @ 014-9317001
FATMAWATI(UKM) : 019-8319107
fatma_abdin@yahoo.com.my
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN =)
